Sunday, November 27, 2011

Apa Itu Langkawi KILIM GEOFOREST PARK???


LANGKAWI GEOPARK,..

diiktiraf oleh UNESCO pada 1 Jun 2007 dan menjadi ahli ke 52 dalam GLOBAL GEOPARKS NETWORK (GGN)/ Jaringan Antarabangsa Geopark Kebangsaan. Langkawi Geopark mempunyai lebih daripada 90 geopark iaitu kawasan dengan warisan geologi yang berharga dan juga berkonsepkan GEOFOREST PARK. Ia merupakan 1 bentuk pemuliharaan yang menggabungkan unsur hutan dan geologi (batuan). Konsep ini adalah unik dan pertama kali di gunapakai di dunia untuk tujuan pemuliharaan.


KILIM KARST GEOFOREST PARK

Dibentuk oleh 7 hutan simpan termasuklah hutan bakau. Batuan di taman ini dibentuk oleh batu kapur yang berusia 490-350 juta tahun.
KARST adalah bentuk muka bumi yang dibentuk oleh batu kapur yang tidak sekata. Puncak yang tajam pada kebanyakan batuan di situ adalah akibat daripada tindakan air hujan berasid ke atas batu kapur dan menyebabkan perlarutan pada rekahan  dan pelapisan batuan meninggalkan puncak-puncak yang tajam pada batuan di sini.

Terdapat beberapa geotapak yang sangat bernilai warisan tinggi dan menarik untuk diterokai di kawasan ini. Di antaranya

1.          GUA KELAWAR
DI namakan sedemikian kerana terdapat ratusan kelawar yang tinggal  di dalam gua ini. Terdapat 3 spesis kelawar pemakan serangga iaitu Kelawar Bulat Terbesar, Kelawar Ladam Bulat Besar dan Kelawar Jari Panjang. Pada dinding gua ini dapat dilihat cangkerang/ tiram yang melekat padanya yang telah ditentu usia 5000 tahun. Cangkerang ini digunakan sebagai penanda aras laut kuno yang menunjukkan 5000 tahun dahulu paras air laut adalah 2 meter lebih tinggi daripada sekarang.

2.          GUA LANGSIR
Mendapat namanya daripada stalagtit yang berbentuk seperti langsir pada gua ini. Gua ini merupakan pintu masuk kepada satu tasik air masin. Kehadiran gua ini mempengaruhi pasang surut pada tasik ini. Satu platfOrm telah dibina menuju ke tengah tasik ini supaya kita dapat menikmati keindahan permandangan 360 serta keindahan flora dan fauna yang terdapat di sekitar kawasan gua ini.

3.          PULAU ANAK TIKUS
Pulau yang terhasil akibat hakisan berterusan pada pangkal tanjung Pulau Langgun yang terputus dan menjadi anak pulau. Pulau yang kecil ini sangat kaya dengan fosil jenis cangkerang keras yang hidup sekitar 480 juta tahun dahulu dalam persekitaran marin. Fosil-fosil yang ditemui di sini berbentuk seperti siput dan kerang yang dikenali sebagai siput kuno, kerang kuno serta sotong kuno.

4.            TELUK CINA MATI
Terletak di Pulau Tanjung Dendang yang unik kerana kawasan pantainya dipenuhi oleh pebel batu kapur berwarna hitam yang telah mengalami basuhan ombak berulang kali telah menyebabkan pepel ini menjadi bundar. Pada ketinggian 23m dijumpai takik laut iaitu kesan yang terjadi daripada hempasan ombak. Di bawah takik laut ini, terdapat longgokan cangkerang setebal hampir satu meter yang tersusun dengan baik. Sejenis tiram batu, menunjukkan usia sekitar 7000 tahun. Kehadiran fosil ini mencadangkan pada sekitar 7000 tahun dahulu, kebanyakkan kawasan di Langkawi berada dalam laut.

5.          TASIK LANGGUN
Merupakan tasik air tawar kedua terbesar di Langkawi yang terbentuk akibat runtuhan lubang benam atau dolina yang berlaku apabila air melarutkan dinding batu kapur.

6.          TELUK MEMPELAM
Terletak di Pulau Langgun ini merupakan lokasi contoh batuan Formasi Setul. Singkapan batuan di pantai ini mempunyai pelbagai jenis fosil termasuklah trilobite, konodon, krinoid dan gastropod. Hasil hakisan berterusan pada pantai ini meninggalkan beberapa tunggul laut dan pentas hakisan ombak kuno. Kepada sesiapa yang berminat untuk berkhemah di teluk ini, tapak perkkemahan ini sumber air serta kemudahan asas.

7.          GUA CHERITA
Mempunyai dua kebuk pada dua aras yang berbeza. Kebuk yang bawah merupakan gua laut terangkat. Daripada kebuk atas kita dapat melihat pemandangan yang menakjubkan air laut yang berwarna kehijauan di teluk. Antara kebuk yang terdapat di sini mempunyai beberapa formasi stalagmite yang pelik. Pada dinding dan bumbung gua terdapat kesan tinggalan burung walit dan kelawar yang pernah mendiami gua ini. Gua ini juga dikaitkan dengan mitos mengenai cerita cinta terhalang antara Puteri China dan Putera Rom oleh Burung Garuda yang menculik dan menyembunyikan puteri di gua ini. Bagaimanapun, lukisan ini pudar disebabkan cuaca dan masa.

8.            GUA DEDAP
Merupakan terowong yang menghubungkan antara laut dan tasik dolina dengan laut. Gua ini dapat dilalui semasa air surut dengan bot kecil. Gua ini terbentuk akibat aktiviti hakisan ombak ribuan tahun dahulu. Melalui gua ini kita dapat melihat pemandangan teluk dn pulau sekitarnya yang menakjubkan.   


BEGITULAH KISAHNYA……………








No comments:

Post a Comment